Follow | Home
ZackYanie
12 March 2012 | 3/12/2012 | 0 comments
masa cuti aku luangkan semata-mata untuk menuntut ilmu . yayasan selangor menganjurkan program menjawab SPM dan PMR . aku sebagai pelajar yayasan yang berwibawa menyertai program tersebut dengan terpaksa ! haha . actually . aku nak balik rumah cos banyak aktiviti yang enjoy aku bolehh lakukan . program ini berlangsung selama dua hari satu malam . tetapi amat lahh memenatkan kerana jadual begitu padat !

hari pertama --> di asrama yayasan selangor sabak bernam ( ayssb ) . gerak awal gila lahhh . orang gila punn ta gerak cam tuu . kiteorang gerak pada pukul 4.30 pagi . whoa ! gila betul . menggeletar macam orang kena penyakit ' parkinson ' . tidak bolehh tahan dengan kesejukan air yang aku curah kan ke atas diri ku . kiteorang gerak awal kerana pada pukul 8.00 pagi dahh kena daftar diri kat asrama yaysan selangor klang ( aysk ) . so . kena lahh gerak awal . kiteorang mementingkan disiplin dalam membuat sesuatu perkara ! tu lahh kelebihan kiteorang . sampai-sampai . terus belajar physics . memang aku ta buat persediaan apa-apa punn . dengan muka blur dan ngantuk . aku memulakan sesi pembelajaran . selama dua jam tiga puluh minit aku terduduk dengan muka yang blur dan tidak paham dengan apa yang diajarkan . tetapi . adalah sebahagian info yang menarik yang menjadi tumpuan minda ku . slot kedua bersambung dengan slot add math . wahh ! nie lagi memeningkan kepala aku . lari gila dengan apa yang aku belajar . better aku guna cara yang sir rahim ajar aku . lagi mudah dan teratur ! slot for math mode diganti dengan ceramah . betul-2 bosan dan mengantuk kan ceramah tersebut . dengan nada suara seakan radio rosak . membuat hati ku menggomel kebosanan ! hari pertama yang amat bosan . takkan hari yang kedua akan aku hadapi dengan pembelajaran yang bosan ?

malam di aysk --> ceramah dan motivasi agama untuk memantapkan akidah dan akhlak seorang pelajar . dunia berjaya . akhirat punn mesti kena berjaya . betul kann wahai kawan-kawan ? ceramah yang begitu mengujakan bagi setiap pelajar . memang aku respect ustaz tuu . pemikiran yang sungguh bijak , gaya percakapan mengikut rentak zaman sekarang dan isi ceramah yang amat tepat dalam konteks memantapkan akidah dan akhlak seorang pelajar ! kiteorang semua enjoy dengan apa yang diucapkan oleh ustaz tersebut ! yang paling best . time dahh na habis ceramah . saiko minda . pelajar perempuan ramai yang menangis . haha . aku ketawa melihat mereka menangis . kelakar sangat . pelbagai riak muka yang tidak dapat dibayangkan dilihat oleh ku . yang pelik nya . lelaki punn ada menangis . whoa ! jambu dan lembut nya dia !

hari kedua --> slot dimulakan dengan biology . what the f**k . memang lemau lahh lau cam tu . rasa na menyorok dalam dorm aje . tapi . aku rasa simpati dengan cikgu tu . takpe lahh . aku korban kan masa mendengar leteran nya . haha . kata budak lelaki dan perempuan aysk . cikgu nya hensem dan taff . wahh . yeke ? aku tak rasa begitu . berdasarkan penelitian aku . cikgu nye taff aje . hensem . kurang kott . must smart ada lahh . tight in pulak ! gaya dia mengajar ok . but mungkin aku yang tak fokus . oleh sebab tu aku tak paham kott . sengal ! next slot is chemistry . tiktoktiktok jam berlalu . aku tidak sedar waktu selama dua jam tiga puluh minit berlalu begitu sahaja . aku betul-2 fokus dan enjoy dengan latihan yang diberikan . walaupun cikgu kelihatan blur . tapi ilmu yang diberikan begitu . ummm ! jelas dan tepat . bak kata orang . don't judge a book by its cover ! haha . kalau lahh itu cikgu di sekolah aku . gerenti A+ dalam genggaman lahh ! sejarah ? subjek yang amat membosankan dan turut mengantukkan . aku memang tak minat sejarah ! dan tak pernah minat . tapi . cikgu yang mengajar tersebut . betul-2 mengubah ku . aku paham dan yang paling bagus . pelbagai input-2 penting dan cara menjawab dan mengenal pasti soalan telah dicurahkan kepada semua pelajar yayasan . cikgu sejarah tu . merupakan penggubal soalan dan penanda kertas soalan ! patut lahh gempak !

masa pulang --> kiteorang balik ayssb balik guna bas yayasan yang amat smart . bangge siott dapat naik bas tuu ! aku lebih banyak menghabiskan masa dengan mendengar mp3 dan bermain mesej dengan someone yang membuatkan hati aku gembira . dia sorangg aje ! tesco kuala selangor menjadi tempat persinggahan untuk mengalas perut yang sudah menderita lapar . alhamdulillah kenyang dengan lauk ikan keli ! my favourite tuu .  kiteorang solat kat masjid tanjung karang dan aku terus balik ke rumah apabila ibuku menunggu ku di situ . tapi . kejadian yang tidak dirancang iaitu kawan ku yang bernama Ku Asyraf tertinggal kat masjid tuu . dieorang perasan ketika jarak nya sudah agak jauh . iaitu ketika mereka sampai di sekinchan . wow . memang jauh . aku menawarkan diri untuk membantu kerana dia merupakan kawan baik aku . kasihan dia . muka dia amat sedih ketika aku dan ibu ku menghantar dia ke bas yang sedia menunggu di sekinchan . aku berani jamin . hal itu pasti menjadi bahan ejekan ketika cuti sekolah mengucapkan selamat tinggal kepada kita semua !

perkara yang korangg patut tahu :
-setiap slot mengambil masa selama dua jam tiga puluh minit
-kipas tidak ada kat tempat laki . cam duduk dalam spa !
-lelaki sedikit dan perempuan ramai
-mata aku dapat dikawal dengan sepenuhnya
-perempuan aysk usha aku . tapi aku buat don't know dan jual mahal 
-futsal pada petang hari pertama dimenangi oleh ayssb . 13-3 . dengan aysk !
-kaki aku injured time futsal
-enjoy sangat !


Older | Newer
♣ TWILIGHTLAKERS'Z ♣
Template By : Izzat ELFish