Follow | Home
ZackYanie
09 December 2012 | 12/09/2012 | 0 comments
kata orang cinta itu buta . tapi buta manakah cinta itu .act cinta itu tidak buta tetapi cinta sampai lupa urusan dunia dan akhirat yang membuatkan kita menjadi buta :)

sebagai manusia biasa kita pasti tidak lepas dek kekangan nafsu . nafsu itu besar skopnya so kita mesti tahu nafsu itu apa . bukan sekadar bercakap pasal nafsu kita mengangapnya maksiat .ohhh tidakk ~

suka kepada manusia lain ~ itu perkara biasa di dalam kehidupan yang kita hadapi sekarang . suka tidak membawa makna kita menginginkan seseorang itu untuk menjadi milik kita tetapi suka itu sekadar nafsu semata-mata . perasaan suka tidak membawa erti apa-apa jika tiada hubungan istimewa terjalin . ia hanyalah perasaan biasa yang dialami oleh semua orang di dunia baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia . rugi jika perasaan SUKA ini tidak wujud dalam diri kita kerana ia merupakan anugerah buat kita semua :)

sayang pada orang lain ~ sayang itu sebenarnya boleh dilafazkan begitu sahaja untuk menarik hati orang yang kita suka . act tidak semua perkataan sayang tu membawa makna yang kita betul-betul sayang orang tu . ada sesetengah pihak yang menggunakan perkataan sayang itu untuk mengambil kesempatan . so berhati-hati denganorang yang asyik berkata'aku sayang kau' . tapi tidak dinafikan juga bila dia berkata sedemikian rupa dia betul-betul memaksudkannya . so cara yang terbaik bagaimana na tahu apakah yang tersirat di sebalik perkataan SAYANG itu adalah mengenali orang itu dengan lebih lama dan stalk segalanya sal dia . jangan disebabkan sayang maruah tergadai kerana kebanyakan orang yang terlanjur adalah disebabkan perasaan sayang tuuu . so watch out !

cinta itu begitu indah ~ jika kita bercinta berlandaskan hukum ALLAH ia begitu indah kerana ia akan membawa kita ke syurga . janganlah bercinta jika terpaksa . biarlah cinta itu hadir selepas perasaan suka dan sayang pada seseorang . tidak mudah mencari cinta yang abadi dan tulus sebab kebanyakan orang mengangap cinta itu couple . come on lahh . couple itu lain dan cinta itu lain ! jangan bercinta dengan orang lain jika kita ta mampu bahagiakan dia . jangan memaksa perasaan cinta wujud dalam diri kita tetapi biarlah ia wujud sendiri tanpa kita sedari kerana ia begitu sweet sekali ~

kahwin itu permulaan cinta ~ act kahwin adalah sesuatu yang mengikat seorang lelaki dan perempuan dengan cara yang sah dengan akad dan nikah yang disaksikan oleh wali dan pihak wajib :) sebelum berkahwin kita sebenarnya meminjamkan hati kita kepada orang yang kita cinta . kita meminjamkan hati kita kepada dia untuk mengenali hati masing-masing dan seandainya dia memang jodoh kita . alhamdulillah kepada ALLAH . kita memulangkan semula hati masing-masing seandai dan pergi jika tiada jodoh tetapi jika ada jodoh kita memulangkan juga hati masing-masing dan disatukan semasa majlis akad dan nikah . biarlah hati itu bersatu dengan cara yang mulia agar cinta itu berkekalan selamanya dengan diredhai oleh ALLAH , ibu bapa dan orang di sekeliling kita :)

done update my blog :) it's not being annoying but just want to describe about what i know.kita berkongsi untuk mengingatkan diri aku sendiri :) byebye~



Older
♣ TWILIGHTLAKERS'Z ♣
Template By : Izzat ELFish